top of page

JARINGAN

Perjalanan mengenal dan meneguh ma'na diri menerusi ilmu dan amal berakar-umbikan pandangan alam Islam...

Ekosistem

Bagi merealisasikan cita-cita yang besar, HAKIM tidak boleh bersendirian. Sesuai dengan misi yang digariskan, HAKIM bersedia untuk mengadakan usahasama dengan mana-mana badan dan organisasi yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang serupa serta tidak bercanggah dengan misi dan visi HAKIM. Bahkan, HAKIM juga mengalu-alukan penubuhan badan-badan baharu yang mampu mengkhusus kepada satu aspek tertentu dalam mencapai cita-cita yang sama.

Sepanjang lebih sedekad penubuhannya, HAKIM beroperasi dalam satu kerangka usahasama yang longgar dengan beberapa institusi dan organisasi dalam satu ekosistem yang sihat. 

Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

RZS-CASIS merupakan sebuah pusat kecemerlangan di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menghimpunkan para ilmuwan, sarjana, dan pelajar siswazah dan pasca-siswazah untuk meneroka, mengkaji, memperdalam ilmu tentang pemikiran dan tamadun Islam serta perkaitannya dengan sejarah, falsafah, dan sains semasa. Layari: www.utm.my/casis.

DSCF0127.JPG

Ta’dib International Foundation Registered

Sebuah yayasan yeng berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menghimpunkan para sarjana termasuklah beberapa pensyarah utama Siri Wacana Pandangan Alam Islam (WISE) dengan dokongan beberapa individu lagi. Yayasan ini berperanan membangunkan kerangka dan asas kepada penubuhan institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan di bawah Ta'dib Institute Initiative. Kenali lebih lanjut: www.tadib.org.

DSCF3083.jpg

Akademi Jawi Malaysia (AJM)

Sebuah syarikat yang berperanan membugar dan menyemarakkan budaya dan tradisi ilmu bahasa Jawi dengan menggali, mengkaji, menerbitkan semula karya-karya bernilai tinggi bahasa Jawi dalam bentuk yang moden menerusi media cetak dan digital. AJM juga menganjurkan program pendidikan dan latihan untuk mereka yang ingin membangunkan kerjaya dalam bidang persuratan Jawi selain daripada perkhidmatan pruf, merekabentuk, mencetak dan menerbitkan buku menerusi Perusahaan Tukang Buku. Layari: https://www.akademijawi.my.

275440214_4938440016224614_8569771438335571732_n.jpg
bottom of page