top of page

Ta’dib Institute Initiative

We are living in an age characterised by rapid change. Sophistication in the use of technology and the intricacies of the sciences for example resulted in ever shifting grounds in thought, values, culture, and more fundamentally worldview.  While there are merits and advantages to this, any form of rapid change if left vague in our understanding without any consolidation and clear articulation of what it entails would leave many of us confused resulting in intellectual and cultural dissonance which is a breeding ground for extremism in its various forms. ​Ta’dib International Foundation has for the past decade supported scholars and students in various initiatives and programs that initiate and encourage a high level discourse in the articulation of the worldview of Islam and its practical implications.  ​This has resulted in the establishment of various small organisations offering a variety of programs and services as well as publications, most notably the Worldview of Islam Series (WISE) and publications by Ta’dib international, RZS-CASIS-HAKIM, Futuwwah, and Akademi Jawi Malaysia, to name a few.  ​The time has come for these initiatives to be consolidated under a unifying entity in the form of a centre of research and higher learning that is community owned and financially independent. ​With this intention and vision, Ta’dib International Foundation is raising initial funds for the establishment of Ta’dib Institute.  ​At this stage, the contributions will go towards forming a company limited by guarantee as well as to lease and purchase basic facilities for its initial operations.

TI Init Icon.png
softlaunchIT-01_edited.jpg
Info Grafik AJM.png
Info Grafik Futuwwah.png
Info Grafik TISB.png
Info Grafik HAKIM.png
Info Grafik CITA.png

Over the years, our community has grown into several distinct entities each of which serving particular important purpose in our ecosystem. Some of these initiatives overlap although all of them complement one another. Hence, there is a pressing need to recalibrate these organically formed relations into a more systematic and institutionalised manner. This is a natural step forward that would economise resources and more importantly spur more growth and impact of this educational outreach.

Info Grafik RZS-CASIS.png
Info Grafik TIF.png
Info Grafik IT.png
IT Info 1.png
Info Grafik Program IT.png

Pengenalan Kepada Projek Penubuhan Institut Ta'dib

Institut Ta’dib adalah sebuah pusat kecemerlangan yang menjalankan program pendidikan sepanjang hayat, penyelidikan dan penerbitan berkenaan dengan pandangan alam Islam dan bidang-bidang berkaitan. 

​

Ia adalah penerusan kepada program-program pendidikan tinggi Islam yang dicetuskan oleh sarjana ulung pemikiran Islam tanah air dan antarabangsa, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. 

​

Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang beradab, mempunyai kejelasan fikiran dan pandangan alam, serta mampu menghadapi cabaran semasa dengan kekuatan ilmu, dan menyumbang kepada pengislahan umat.

​

Institut Ta'dib, sebagai sebuah institusi yang mandiri dan dimiliki masyarakat, yang dirancang sekian lama sebelum ini, diusahakan penubuhan rasminya kini dengan sokongan Prof. Dr. Wan Mohd Nor demi mencapai hasrat yang dinyatakan di atas.

​

Usaha ini juga didukung oleh sebilangan ilmuwan yang mendapat didikan langsung oleh Prof. al-Attas dan Prof. Wan Mohd Nor yang telah lama berganding bahu menjalankan program-program ilmiyah berasaskan kerangka pandangan alam Islam yang dihuraikan oleh Prof. al-Attas, antara lainnya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, Dr. Mohd Zaidi bin Ismail, Dr. Khalif Muammar A. Harris, Dr. Mohd Farid Shahran, dan Dr. Mohd Sani Badron. 

​

Institut Ta’dib beroperasi dalam satu ekosistem yang melibatkan beberapa organisasi berkaitan, iaitu:

​

  • Ta’dib International Foundation

  • Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS)

  • Ta’dib International Sdn. Bhd. (TISB)

  • Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

  • Akademi Jawi Malaysia (AJM)

  • Pertubuhan Pendidikan Futuwwah

​

Dalam usaha untuk mencapai matlamat di atas, penubuhan dan pengoperasian Institut Ta’dib akan dijalankan secara berperingkat:

​

  1. Fasa 1: Penubuhan dan pengumpulan dana (6 bulan)

  2. Fasa 2: Operasi permulaan dan penyewaan/pemilikan aset (2 tahun)

  3. Fasa 3: Penawaran program bersepadu

​

Untuk peringkat permulaan, Institut Ta’dib berperanan untuk menyusun semula program-program pendidikan, penyelidikan, dan latihan yang sedia ditawarkan oleh organisasi-organisasi di atas dalam satu kerangka yang bersepadu. 

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
Pemegang Kursi Pemikiran Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas, RZS-CASIS

Forum Pengenalan Projek Penubuhan

Institut Ta'dib

19 April 2022 | 17 Ramadan 1443 

To Contribute

Untuk Menyumbang

You may generously channel your contributions to:

Sumbangan dapat dilakukan secara pindahan wang/cek/deposit wang kepada akaun:

The Trustees of Ta’dib International Foundation Registered 
8602828597
CIMB Islamic Malaysia

Swiftcode: CIBBMYKL

Rujukan/Reference: Institute

We would like kindly request for the donors to fill up this form for record. 

Kami ingin memohon jasa baik bagi para penyumbang untuk mengisi borang untuk urusan rekod dan pengesahan penerimaan.
 

Official receipt will be produced when the form is filled up.

​

Your contributions will go a long way in ensuring positive development of the intellectual tradition of Islam in this region as well as the world, in sha’ Allah. 

​

Thank you and May Allah reward you immensely and protect all of us in His Mercy and Generosity. 

Resit akan dikeluarkan berdasarkan rekod yang diisi dalam borang ini.

 

Semoga sumbangan ini dapat memudahcara ikhtiyar-usaha kami untuk menubuhkan Institut Ta'dib. 

 

Kami do'akan ‘amal jariyah para penyumbang akan berkekalan selama-lamanya. 

Ucapan Penghargaan Buat Para Penyumbang

Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah
AJK Penaja Institut Ta'dib

 

bottom of page