top of page

GAGASAN

Perjalanan mengenal dan meneguh ma'na diri menerusi ilmu dan amal berakar-umbikan pandangan alam Islam...

Our 
Story

Get to Know Us

Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) is an company formed with the mission and vision to inculcate the true culture of knowledge in the Muslim society. This is in line with the Islamic intellectual tradition that regards knowledge as a great virtue reflected in the term hikmah.

11953459_818339061619448_799660371315321247_o_edited.jpg

“HAKIM”

Istilah HAKIM adalah istilah yang istimewa dan sengaja dipilih atas sebab-sebab yang tertentu. Lebih daripada sekadar akronim kepada Himpunan Keilmuan Muslim, kalimah "hakim" ini juga berasal daripada al-Asma' al-Husna, iaitu Nama-Nama Allah s.w.t. Yang Maha Bijaksana. Nama ini mencerminkan sifat-sifat kesempurnaan Tuhan Yang Maha Esa yang terzahir dalam segenap fenomena ciptaan raya.

​

Sifat al-Hakim ini, seperti mana yang dijelaskan oleh al-Imam al-Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Maqsad al-Asna fi Sharhi al-Asma' Allah al-Husna, dapat diterjemahkan dalam kehidupan manusiawi seperti mana yang disebutkan dalam hadith “takhallaqu bi akhlaqillah (berakhlaklah kalian dengan mengikut Sifat-Sifat Allah s.w.t.)”.

IMG_1613.JPG
_1017384_edited.jpg

Atas sebab inilah istilah HAKIM dipilih sebagai nama organisasi kami dan pastinya bukanlah untuk meletakkan organisasi ini pada taraf yang sama dengan Yang Maha Sempurna-Bijaksana (al-Hakim). Ini juga bertujuan menekankan peri pentingnya Hikmah sebagai simbol kebaikan tertinggi seperti yang disebutkan dalam al-Qur'an, "Barangsiapa yang dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak" (wa man yu’ta al-hikmata fa qad utiya khayran kathira). 

OBJEKTIF 1

Memupuk kefahaman yang mendalam mengenai pandangan alam Islam terutama  dalam menghadapi cabaran intelektual dan kebudayaan semasa

​

​

​

Mengangkat kembali tradisi keilmuan yang diwarisi para ulama, ilmuwan, dan cendikiawan besar sebagai benteng daripada kekeliruan yang timbul akibat penyusupan masuk pemikiran asing ke dalam pandangan alam Islam

OBJEKTIF 2

11953459_818339061619448_799660371315321247_o_edited.jpg

Objektif HAKIM

“Hikmah itu ilmu tentang tempat dan kedudukan yang benar bagi setiap sesuatu. Hikmah juga pengetahuan tentang had-had kebenaran bagi setiap yang ma‘lum atau objek-objek ilmu.”

OBJEKTIF 3

Menyediakan kerangka pemetaan dalam lapangan yang genting seperti agama, sejarah, falsafah, sains, dan pendidikan untuk diamalkan dalam bidang kepakaran masing-masing.

​

​

 

Menjadikan WISE (Siri Wacana Pandangan Alam Islam) sebagai kerangka asas kurikulum pendidikan dalam misi memperjelas pandangan alam Islam kepada masyarakat.

OBJEKTIF 4

OBJEKTIF 5

Mengenal pasti, memperjelas, menghurai akar masalah pensekularan sebagai rencana falsafah yang melanda umat Islam kini.

16386992_1413228525394933_5632576167650236887_n.jpg

Menerbitkan ulasan dan analisis isu semasa, laporan khas, makalah akademik dan monograf.

​

Menganjurkan persidangan, seminar, pengkuliahan, sesi perbincangan formal dan halaqah ilmu.

OUR 
MISSION

Menganjurkan program-program bermanfaat di universiti, kolej dan institusi pendidikan.

​

Menganjurkan kelas atau kursus pendek mengenai tajuk yang berkaitan dengan pandangan alam Islam.

Mengukuhkan dan membina jalinan akrab dengan badan lain, kumpulan sarjana dan golongan yang terlibat dalam aktiviti Islami, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Memeroleh dan mengumpul sumber dan bahan yang berkualiti dan berautoriti, seperti buku, jurnal, majalah, artikel, dokumentari dan sebagainya yang mencerminkan ketinggian tradisi keagamaan dan keilmuan Islam.

bottom of page